
|
Thursday, August 29, 2013 @ 1:19 AM | 0 Sweety [s]
Assalamualaikum w.b.t =)SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE - 56
Okeh, Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31.Ogos.2013 ni, Jihah nak ucap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN lah Kepada seluruh rakyat Malaysia :D hehe semangat betuii ~ Hilang idea dah nak menaip T.T , apa2 pun kita kena bersyukur yaa :)
Tadi dekat sekolah cikgu panggil semua murid yang terlibat dengan Cat Bendera . Form 3 & Form 5 tak terlibat . Cikgu panggil mesti ada sebab punyaa :D jeng jeng jeng ! CIKGU CAKAP Kitorang kena amik gambar masuk NewsPaper :D haha tak tahu la .. Tengok je la esok . Beli surat khabar SINAR HARIAN ~
Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu diantara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh.. Aminn
Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
“ Hari ini jalan ini, pasti semakin berliku, kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa, perjuangan kita belum selesai, hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya” Petikan Sajak Perjuangan Kita Belum Selesai - Nukilan Tun Dr Mahatdir Mohamad
|
Assalamualaikum, Hye. Terima kasih sudi melawat my simple blog :) Blog ini kepunyaan Jihah Zamri / @gegeriuh at twitter .
CBOX CODE
|